PLEASE DO NOT COPY OUR PROPERTY

STRICTLY NO COPYING any of our images that posted here or even in our Facebook page. It is solely TheCottonAddict property. Please show some respect and put your own effort in taking your own pictures, instead of copying other sellers photos. Your cooperation is highly appreciated.

P/S: Our images here has hidden watermark, whereby it may be visible or invisible to some of your eyes. To those who copied, it can be detected by our intelligent software.

NO PLAGIARISM PLEASE

Strictly NO PLAGIARISM is allowed. Please think of your own words on how and what to write, because we crack our head too, so to be fair, lets crack our head together k. Thank you.

P/S: We've a software detecting any plagiarism from our site. =)

Friday, July 1, 2011

Panduan Membuat Pesanan/Tempahan, Syarat dan Terma

Cara Membuat Pesanan
1)Pilih kain cotton yang anda inginkan

2)Kemudian, sila hantarkan emel kepada thecottonaddict@gmail.com

3)Sebelum anda menghantar emel tersebut kepada kami, sila pastikan bahawa item seperti di bawah telah dinyatakan di dalam email

a.  Kod Pilihan Kain (sebagai contoh: TCA#1 - EC01)

b.  Nama Penuh
c.  Alamat Penghantaran
d.  No HP
e. Jikalau anda memilih COD, deposit sebanyak RM20 diperlukan untuk setiap pesanan kain, dan deposit ini tidak akan dipulangkan sekiranya proses jual beli secara COD tidak terjadi. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kejadian seperti penarikan diri berlaku. Tempat COD bergantung kepada di mana kami berada pada ketika itu

4)Sejurus selepas kami menerima pesanan anda melalui emel, kami akan menghantar kepada anda invois dalam tempoh masa 24jam (tertakluk kepada stok kami)

5)Setelah anda menerima invois daripada kami, sila lakukan pembayaran terus ke akaun CIMB atau Maybank kami dalam masa 24jam. Selepas daripada tempoh ini, kami menganggap anda tidak lagi berminat untuk meneruskan pembelian dengan kami

6)Sila kemukan bukti pembayaran yang telah anda lakukan ke emel kami di thecottonaddict@gmail.com bagi tujuan pengesahan

7)Setelah pengesahan pembayaran telah dibuat di pihak TheCottonAddict, kami akan menghantar pesanan anda menerusi Pos Laju dalam masa 1-2 hari bekerja dan
anda akan menerima resit pembelian dan no rujukan Pos Laju untuk simpanan anda


Syarat dan Terma
1)Berdasarkan pepatah siapa cepat dia dapat. Hanya pembeli yang betul-betul berminat sahaja yang akan dilayan

2)Invois pembelian, cara pembayaran dan resit pembelian hanya akan dihantar menerusi emel. Sebarang penarikan diri selepas invois pembelian dikeluarkan oleh pihak kami, anda akan disenarai hitamkan untuk urusniaga yang akan datang

3)Harga jualan kami di TheCottonAddict adalah sangat berpatutan. Oleh itu, sebarang tawar menawar tidak akan dilayan

4)Semua harga yang tertera adalah tidak termasuk kos penghantaran melalui Pos Laju. Semua kos ini perlu ditanggung oleh pembeli
 - Untuk Semenanjung Malaysia, sebanyak RM6 akan dikenakan untuk item pertama, dan untuk item seterusnya RM2 akan dicaj untuk setiap satu bagi parcel yang sama
- Untuk Sabah & Sarawak, sebanyak RM8 akan dikenakan untuk item pertama, dan untuk  item seterusnya RM4 akan dicaj untuk setiap satu bagi parcel yang sama
- Untuk lokasi yang lain, seperti Singapura, Brunei dan sebagainya, kos penghantaran adalah berdasarkan saiz dan berat pembelian

5)Segala pembelian anda adalah muktamad. Sebarang penukaran, pemulangan barangan pembelian mahupun pemulangan wang TIDAK akan dilayan sama sekali

6)Warna fabrik bermungkinan akan berlainan sedikit akibat penggunaan flash ataupun disebabkan oleh paparan skrin. Namun, pihak kami sentiasa memastikan agar warna asal fabrik dan foto di blog adalah hampir sama

7)Penghantaran adalah melalui Pos Laju ataupun COD di lokasi-lokasi tertentu di mana TheCottonAddict berada ketika itu

8)Tempahan (Booking/Reservation) kain hanya akan diterima pihak kami, dengan deposit sebanyak RM20 setiap satu. Tempoh yang dibenarkan ialah selama 2 hari sahaja. Sekiranya melebihi 2 hari, item itu akan dijual kepada pelanggan kami yang seterusnya. Dan ingin dimaklumkan di sini, seandainya proses jual beli tidak berlaku, deposit tidak akan dipulangkan

9)Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila emelkan kepada kami di thecottonaddict@gmail.com

Terima Kasih.
TheCottonAddict

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com